mood : bundar dan pudar. .
Daisypath Happy Birthday tickers

06 July 2014

dunia baru

kini aku di kaki gunung
memulakan langkah panjang untuk menempuh halangan
mendaki gunung yang tinggi
gunung yang tidak semua orang mampu
menjadi orang pertama dalam kelompok

tuhan,jangan kau lekakan aku dengan duniawi
tuhan,jangan kau bagi rasa selesa
tuhan,berikan aku kekuatan

Tuhan,
izinkan aku melangkah
izinkan aku mendaki
izinkan aku menimba
izinkan aku hidup

mak ayah,
izinkan anakmu mengembara
berikanlah anakmu keberkatan
restukanlah anakmu pelajari
doakanlah anakmu disini

aku,
lawan rindu
lawan rasa
lawan nafsu
lawan godaan

impian,
dimana pun kau berada
tunggulah aku
sayapku baru tumbuh
belum mampu terbang

cinta,
bukan ditolak
bukan tidak sudi
bukan masa sekarang
aku masih mencari diri yang hilang
diri yang melayang terbang entah kemana

sekian,seorang hamba yang ingin mencari keredhaan dariNya....

29 December 2013

Rasa

Bergetar rasanya,
rasa yang lama ditinggalkan,
rasa yang aku benci,
rasa yang menyakitkan,
rasa yang menggembirakan,
rasa yang aku harap tak akan datang untuk beberapa tahun ini sehingga aku bersedia untuk menerimanya dengan sepenuh hatiku.

Belum mampu untuk aku menanggung rasa itu,
Maafkan aku, aku belum mahu memiliki dan dimiliki,
tidak bermakna aku menolak,
cuma aku belum bersedia.

p/s: tidak mahu disakiti sangat susah untuk dihindar. sumpah mati hati ini diingin dimiliki dan memiliki tapi aku belum mampu.Jangan sakiti hati ini sampai nanti nafas aku sudah berhenti hembus. Maafkan aku.

25 December 2013

Lelaki Tua

Aku dikurniakan seorang lelaki
Lelaki yang pertama dalam hidup aku
Lelaki yang bernama ayah

Ayah,
Terima kasih kerana menjaga aku
Terima kasih kerana membesarkan aku
Terima kasih kerana mendidik aku
Terima kasih atas segalanya

Tuhanku terima kasih atas kurniaan seorang lelaki yang bernama ayah

Dikala umur semakin meningkat aku ingin melihat lelaki tua itu gembira
Melihat lelaki tua itu senang
Ya Allah panjangkanlah umur lelaki tua ini-ayah
Semoga ayah dapat melihat aku berjaya

Tanpamu ayah,
Aku hilang kasih
Aku hilang haluan
Aku hilang segalanya


30 May 2013

jatuh

jatuh.
serik.
tak pernah terlintas di fikiran.
penat.
tak pernah mengenalinya.

biar jatuh dari awal,
supaya kau tahu rasa sakit jatuh itu,
supaya kau senang dengan sakit jatuh.
Biar orang kata kau bodoh,
mereka yang bodoh.
kita belajar dari jatuh.
lama-lama kita pandai berjalan seterusnya berlari dan melompat.
berlarilah dengan kemenangan.
jangan sesekali lari dari kegagalan.
tempuhnya dengan sekuat hati.
 berlari dan melompat ke bintang
impian makin terang,
bangkitlah walaupun perit.
perit kita alami akan hilang bila kita senang dengannya.

impian yg aku kejar.akan aku genggam dan buktikan pada semua seorang gadis ini yang tidak punya apa apa kelebihan dan keistimewaan boleh mengecapinya walaupun perit dan cabaran menantinya.bersabarlah duhai hati.

nuryka safika. Powered by Blogger.